Wednesday, July 1, 2009

MASA LEBIH BERHARGA DARI SEGALA-GALANYA.....

........Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM (Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di Asia Tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggungjawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna: “…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.” ......

Jika di bandingkan dengan aku sebelum ini pernah memegang jawatan dalam Timbalan pengerusi Lajnah Tarbiyyah dalam sebuah kelab (PMI). Masa cukup penting ketika itu, organisasi usrah berada dalam tanganku untuk menguruskan...
ketidakcukupan masa terlalu hebat pada waktu itu. Tetapi itu hanyalah kenangan..... tugasku diserahkan pada adik-adik.
betullah seperti kata-kata Syahid Iman Hassan Al-banna.......