Tuesday, October 20, 2009

Ya Allah penatnya dalam dua hari ni dengan kerja-kerja dunia....
PSM.... technical paper dan buku log kena submit esok...
Ya Allah matilah aku ketika aku sibuk dengan akhirat ya Allah, bukannya dengan kerja-kerja dunia..

Friday, October 9, 2009

SEJARAH PAS

Sejarah PAS 18: Ke Mana PAS Pimpinan Dr Burhanuddin?

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 18
ADA kalangan pengkaji politik membahagikan kepada 4 bentuk kepimpinan yang dilalui oleh PAS sepanjang beberapa dekad ini.
Pertama: Kepimpinan ulama tradisi, iaitu zaman Tuan Haji Ahmad Fuad 1951-1953 dan Dr Abbas Alias 1954-1956.
Kedua: Kepimpinan nasionalis kiri, iaitu zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi 1956-1969.
Ketiga: Kepimpinan nasionalis kanan, iaitu zaman kepimpinan Datu8k Asri Haji Muda 1969-1982.
Keempat: Kepimpinan ulama haraki, bermula dengan Tuan Haji Yusuf Abdullah Ar-Rawi 1982-1989, Ustaz Fadzil Muhammad Noor 1989-2002 dan Haji Abdul Hadi Awang sekarang.

Soalnya sekarang, apakah benar PAS di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin adalah kepimpinan nasionalis kiri? Dr Burhanuddin diterima menjadi ahli PAS pada 14 Disember 1956 dan terus menjadi Yang Di Pertua PAS dalam muktamar ke 5 PAS pada 25 Disember 1956 di tengah-tengah amaran dari perwakilan supaya tidak lari dari perjuangan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh PAS. Beliau menjadi ahli PAS masa itu, di saat PAS merupakan parti pembangkang terkuat. UMNO,MCA dan MIC di dalam PERIKATAN , raja-raja Melayu serta kerajaan British sedang menjalankan usaha-usaha perundingan untuk kemerdekaan Tanah Melayu.


Jadi, persoalan waktu itu, bukanlah persoalan kemerdekaan, tetapi bagaimana corak kemerdekaan yang perlu diisi? PAS melalui Yang Di Pertuanya Dr Burhanuddin mengemukakan alternative terbaik yang sangat sesuai waktu itu, di dalam Muktamar Agung ke 6 pada 24 Ogos 1957, berbunyi:


“… bahawa dasar pokok perjuangan kita ialah kemerdekaan yang penuh: 1..Kebangsaan negeri ini mestilah Melayu. 2..Mestilah diakui bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini. 3..Untuk membina satu bahasa, satu negara dan satu bangsa yang teguh, hanya diakui bahasa Melayu sahaja jadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal di negeri ini.4..Islam menjadi agama rasmi dalam ertikata yang betul pada ajaran Al-Quran dan Sunnah nubuwwah.5..Menentang dasar jus soli diberikan kepada orang yang bukan Bumuputera negeri ini, dan orang yang bukan Melayu yang hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah dengan permintaan yang diluluskan oleh undang-undang yang mengawal keselamatan wujudnya bangsa Melayu dan dicurahkan dengan orang-orang dagang ke negeri ini oleh open door policy.”
Dalam ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 10 di Alor Setar Kedah tahun 1961, beliau menyentuh tentang pembentukan sebuah negara ‘Melayu Raya’ iaitu masalah kenegaraan yang sedang hebat diperbincangkan. Suasana politik tanah air sedang ditumpukan kepada pembentukan sebuah persekutuan negara, lebih besar dari keadaan yang sedia ada pada waktu itu.
Menurut beliau, perkataan ‘Melayu Raya’ sebenarnya bukanlah perkataan yang baru, tetapi ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh perjuangan negara sejak puluhan tahunyang lalu. Cuma bentuknya sahaja yang berlainan. Melayu Raya yang akan dibentuk waktu itu adalah bersifat kecil dan sempit ‘yang amat disetujui oleh penjajah’ dan amat digemari ‘oleh golongan-golongan yang nyata mempunyai kepentingan ekonomi dan politik untuk dirinya sendiri’, ‘didokongi juga oleh golongan ahli-ahli politik dalam negara ini yang tidak menyedari akan bahaya-bahaya besar yang akan timbul daripada yang mereka dokong itu’.
Menurutnya lagi, gagasan Persekutuan Melayu Raya itu hendaklah meliputi seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu termasuk Indonesia dan Filipina. Kerana ‘itulah sahaja yang mampu menyelamatkan Islam, khasnya di Tanah Melayu ini dan umumnya bangsa Melayu Raya, daripada dijadikan sebagai buah dadu permainan politik sahaja oleh lain-lain kuasa yang berkepentingan sendiri’. ‘Itulah sahaja yang boleh menjadikan kita satu umat yang besar, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, berjalan sama gagah dengan yang lain-lain.’
Muktamar Agung Khas diadakan pada bulan Oktober 1961 telah memutuskan sikap atas bentuk negara Melayu Raya yang dipersetujui termasuk Indonesia dan Filipina. Katanya:
“Kita tidak dapat mempersetujui konsep Melayu Raya yang sempit hanya melingkungi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah sahaja… akan kita perjuangkan terus menerus dan masalah ini akan saya kemukakan ke dalam Majlis Dewan Rakyat yang bersidang pada bulan Januari ini.”
Muktamar Agung Khas itu juga memutuskan bahawa PAS tidak dapat menerima percantuman dengan Singapura disebabkan oleh keadaan politik yang meliputi Pulau Singapura waktu itu, bukan kerana sejarah, kedudukan geografi atau kebudayaan hidup. ‘Perhitungan politik’ itu ada hubungan dengan dasar besar PAS, iaitu menjaga kepentingan hak kedudukan rakyat negara ini dalam semua langkah dan rancangan politik.
Menurutnya lagi, membutakan mata dari perhitungan politik akan membawa umat ke lembah kehancuran. Seperti yang sedang berlaku dan sama-sama dapat dilihat dengan amalan-amalan kerosakan parti PERIKATAN. Sehingga kini ‘Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi tempat bagi kehancuran umat Islam sendiri di dalam kedudukan politik’. Kataanya lagi:
“Menimbang ini semuanya dan menginsafi akibat-akibat yang akan melibatkan keturunan kita pada masa yang akan dating, maka di dalam menghadapi soal percantuman dengan Singapura ini. PAS hanya nampak dengan adanya rancangan negara Melayu Raya yang sungguh-sungguh besar itu sahajalah, hal itu dapat dilakukan dengan baik.”
Muktamar Agung ke 11 yang diadakan di Bandar Melaka pada tahun 1962, dalam ucapan dasar PAS beliau mengatakan rasa tidak setujunya samada mereka mengaku atau tidak bahawa langkah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk ‘Malaysia’, ‘telah berpijak di atas kaki orang lain sehingga menyinggung Indonesia’. Ianya mesti dipandang berat dan PAS tidak ingin berlanjutan sebab boleh menguntungkan pihak Inggeris dan Amerika. Boleh jadi Rusia dan China Komunis sedang ketawa kecil melihat ‘kegentingan’ ini.
Perhubungan dengan Filipina juga mungkin tersentuh mengenai Sabah. Paling pahit sekali jika berlakunya tentangan bersenjata terhadap Malaysia secara berlarutan. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang menyokong penjajahan di Brunei mengatakan bahawa apa yang berlaku di Brunei itu tidak ada hubungannya dengan penubuhan Malaysia, tetapi PAS memandang masalah ini mempunyai hubungan langsung dengan percubaan ‘memaksakan Malaysia’ kepada rakyat Brunei. Dr Burhanuddin juga mengatakan:
“PAS telahpun mengatakan tidak setujunya dengan konsep Malaysia Perdana Menteri itu! Kepada Perdana Menteri, kita ingatkan, jangan dipaksa penerimaan Malaysia itu ke atas sesiapapun yang tidak mahu kepadanya, sebabnya akan merupakan suatu kezaliman politik yang mempunyai akibatnya di belakang hari kelak.”
Demikianlah pandangan PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin tentang kebangsaan Melayu dan pengisian kemerdekaan, gagasan Melayu Raya, sikap terhadap percantuman dengan Singapura dan penubuhan ‘Malaysia’. Kita lihat pula sikap PAS terhadap ekonomi dan iktisad.

Thursday, October 8, 2009

Tunggu bas yang tidak sampai-sampai

kadang-kadang perkara yang kecil boleh membentuk peribadi diri.... contohnya ketika situasi menunggu bas....

Ya Allah didiklah diriku jadi orang yang sabar..

Saturday, October 3, 2009

KEMATIAN ADALAH PASTI.......(Ya Allah aku memohon pada Mu berilah aku kedamaian di akhirat sana)

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah. "

" YA ALLAH KURNIALAH AKU KESABARAN DALAM MENGHADAPI PERJUANGAN KU INI... YA ALLAH TABAHKANLAH DIRIKU......
YA ALLAH...ADAKAH INI KAFARAHMU....."

ALLAH CINTA HAKIKI



CINTA HAKIKI HANYA PADA ALLAH